Tuan Puan Rancang Renovasi Rumah?
Audit Ini Bantu Elak Silap Mahal Sebelum Duit Renovation Keluar
Sesuai untuk pemilik rumah yang merancang untuk mula renovasi dalam tempoh 3 hingga 12 bulan. Fokus utama audit ini adalah membantu elak masalah bocor, ruang sempit, rekaan yang silap, dan kontraktor yang lari bajet.
Ramai Dah Renovate
Tapi Salah Pelan Jadi Punca Rugi RM50k
Salah sambung bumbung, akhirnya bocor selepas 6 bulan. Dapur ditambah tetapi rasa seperti sauna. Bilik tambahan dibuat, tapi rumah makin sempit. Kontraktor teruskan kerja tanpa pelan jelas, hasilnya ikut suka. Semua ini boleh dielakkan jika rancang betul dari awal.
Apa Yang Anda Dapat Dengan Audit Ini?
Audit ini bukan sekadar pelan biasa. Ia merangkumi pemeriksaan menyeluruh yang boleh selamatkan ratusan ribu ringgit sebelum anda mula renovate.
Semakan struktur & bentuk asal rumah
Elak sambungan yang rosakkan struktur, bocor atau tak ikut syarat Majlis. Kami pastikan rumah anda selamat & patuh undang-undang.
Cadangan sambungan mengikut arah cahaya, aliran angin & bentuk tanah
Supaya rumah tak panas, tak lembap dan jimat elektrik dalam jangka panjang. Kami kira sun path & air flow sebelum buat cadangan.
Susun atur ruang lengkap dengan cadangan perabot
Tak ada lagi rasa sempit atau ruang terbuang. Anda boleh bayangkan suasana rumah siap lebih awal dan elak kesilapan letak bilik atau dapur.
Risk check menyeluruh (air, pendawaian, bumbung)
Kami kenal pasti risiko kos tersembunyi sebelum pecah dinding – contohnya paip lama, wiring tak cukup load, bumbung bocor.
SIAPA SESUAI BUAT AUDIT INI?
✅ Owner rumah landed (Teres Setingkat, Semi-D, Corner Lot)
✅ Nak sambung tepi, belakang, naik satu tingkat
✅ Ada bajet RM100k–RM500k
✅ Nak mula kerja dalam 3–12 bulan
✅ Tak mahu ulang silap jiran / saudara sendiri
✅ Nak plan awal, bukan tunggu contractor start baru fikir
APA KATA PELANGGAN YANG TELAH AUDIT RUMAH
Pakej Harga Audit Lembah Klang
Untuk pakej harga audit di luar Lembah Klang boleh hubungi 013-2958565 untuk pertanyaan
Proses Selepas Tuan Puan Buat Booking Audit Rumah
Kami Hubungi Dalam 24 Jam
Team kami akan call/WhatsApp untuk sahkan tarikh & masa lawatan ke rumah tuan puan.
Tuan Puan Hantar Info Ringkas
Kami perlukan pelan rumah (jika ada), gambar ruang, atau pin lokasi untuk rujukan awal sebelum datang.
Site Visit & Semakan Profesional
Designer senior kami akan datang ke lokasi untuk buat ukuran (site measure), semakan struktur & potensi ruang.
Kami Sediakan Cadangan Awal & Layout
Berdasarkan keperluan & bajet, kami buatkan layout cadangan + guideline supaya tuan puan nampak risiko & peluang sebelum renovate.
Tuan Puan Terima Laporan Audit Lengkap
Dalam masa beberapa hari, tuan puan akan terima laporan audit + anggaran bajet renovation secara terperinci.
Bonus: Jika tuan puan setuju ambil Pakej Interior Design Consultancy (IDC), yuran booking audit ini akan ditolak sepenuhnya.
“Extend rumah bukan benda kecil. Salah plan, salah contractor — boleh tanggung kos 2–3 kali ganda.”
Kalau tuan puan memang niat nak renovate dalam masa terdekat — audit ini langkah paling selamat untuk bermula.
Kami buka hanya 5 slot audit sebulan untuk pastikan setiap rumah kami semak betul-betul.
Soalan Lazim
Saya belum ready mula, boleh booking awal?
Boleh. Audit ni untuk bantu plan, bukan untuk terus bina. Bila dah ada pelan, keputusan lebih yakin.
Rumah saya baru beli. Perlu audit?
Sangat perlu. Supaya sambungan nanti ikut struktur asal, tak ganggu bentuk rumah.
Kalau saya tak jadi renovate, audit ni rugi?
Audit ni pelan simpanan & panduan hidup. Ia bukan kos — ia insurans sebelum bina.
Berapa lama proses audit ni ambil masa?
Biasanya 2–3 jam di lokasi rumah. Kami akan analisa terus dan berikan laporan awal, kemudian susulan laporan penuh dalam 5–7 hari.
Siapa yang akan datang buat audit?
Tim kami terdiri daripada pereka dalaman & juruperunding teknikal berpengalaman lebih 10 tahun dalam design & bina rumah.
Kalau rumah saya kecil / apartment, perlu audit jugak?
Ya, sebab rumah kecil lebih penting susun atur supaya tak rasa sempit & maximize ruang. Audit bantu elak kos tersilap.
Kalau saya tak jadi renovate, audit ni rugi ke?
Tak, sebab anda tetap dapat panduan & laporan yang boleh bantu rancang lebih baik nanti, dan elak buat keputusan tergesa.
Kalau rumah saya baru beli, masih kosong – sesuai untuk audit?
Sangat sesuai sebab audit boleh bantu susun plan renovasi sebelum pindah masuk, jadi anda jimat masa & kos.
Rancang dulu, baru sambung.
Jangan tunggu contractor start baru nak fikir.
Pelan yang betul boleh jimat puluhan ribu & bagi ketenangan.
Jika tuan puan serius nak sambung rumah dengan selamat — audit ini langkah pertama.
